Friday, February 25, 2011

4) PASCA KATA

Pasca kata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. Terdapat dua subjenis kata pasca kata, masing-masing ditandai dengan perkataan –nya, iaitu :-


Kata penekan
  • Kata penekan membawa maksud penegasan.
Contoh kata: sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya.


" Dan apabila Kami menggantikan suatu ayat dengan ayat yang lain, dan Allah lebih mengetahui apa yang diturunkan-Nya ,mereka berkata , “Sesungguhnya engkau ( Muhammad) hanya mengada-ada saja”.Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui. "
Surah An-Nahl




Kata pembenda
  • Kata pembenda ialah menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama.
Contoh kata: lajunya, sakitnya, dan datangnya.

3) KATA PRAFRASA




Kata Prafrasa terdiri daripada kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan.

Kata Bantu

          Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu.Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam
  • Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah, dan pernah),  masa kini (sedang dan masih), atau masa hadapan (akan dan belum)
  • Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:

1.    Mereka sedang menjalani latihan di pusat sukan.
2.    Pisang itu masih muda lagi.

Kata Penguat

          Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif. 
Contoh kata : paling, agak, terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:

    1.  Pelajar itu sungguh rajin.
    2.  Karangan Anita agak baik.
    3.  Rahmat sangat marah pada rakannya. 




Kata Penegas

          Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

  •         Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. 
           Contoh kata penegas jenis ini ialah –kah, -tah, dan –lah.


  •        Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
          Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja,       lagi, hanya, dan memang.

Contoh ayat:
1.    Itulah ibu pejabat persatuan kami.
2.    Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.



Kata Nafi

          Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. 
  • Terdapat kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:




1)        1) Encik Ahmad bukan guru sukan kami.

2.      2) Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

  •     Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:
         
1.    Tetamu dia tidak datang.
2.    Pelajar itu tidak cergas sangat.





Kata Pemeri

          
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu: 

1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. 
   Contohnya: 
  •       Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi membasmi kemiskinan.


2. Adalah, yang hadir di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:

a) Dengan predikat frasa sendi nama 

  •  Sumbangan yang terbesar adalah daripada                      penduduk - penduduk kampung tersebut.



    b) Dengan predikat frasa adjektif 

    •      Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.

       GURINDAM
       
      Rata-rata kau adalah besi padu
      Pandai besi mengolah dan merobah
      Jadilah paras mu comel lagi indah
      Kacip kata ku




      Kata Sendi Nama

                
      Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-masing dengan cara penggunaan tersendiri. Berikut disenaraikan kata sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

      1) di                  6) bagi                   11) umpama           16) hingga
      2) ke                 7) demi                  12) sejak                17) untuk
      3) dari               8) untuk               13) terhadap          18) antara
      4) daripada       9) tentang            14) akan                 19) dengan
      5) kepada         10) seperti            15) oleh                  20) dalam
                             21)  pada





      Kata Bilangan

               
      Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
      Contohnya kata: dua, lima belas, segala, semua, ketiga-tiga, masing-masing, dan separuh.
      Contoh Ayat:

         Fatimah menerima dua kuntum bunga daripada suaminya.



      Ibu membekalkan adik sebahagian kek batik untuk di bawa ke sekolah.



      Kata Arah


      Kata arah ialah menunjukkan arah tempat.
      Contoh kata : bawah, tepi, tengah, sisi
      Contoh ayat: 
      • Pasangan kekasih itu ditangkap berkhalwat kerana berpegangan tangan di bawah pohon rambutan itu.





      Kata Penegas

      Kata penegas ialah kata yang memberi penegasan terhadap sesuatu dan melembutkan perintah.
      Contoh kata: kah, lah, tah, juga dan pun
      Contoh ayat:
      • Kamu pun perlu ke sana juga.





      2) KATA PRAKLAUSA

      Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

      Kata Seru
      • Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. 
      Contoh kata: cis , amboi, wah, syabas dan aduh.

      1. Cis, penakut rupanya!
      2. Aduh, sakitnya kakiku!

      Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).



      Kata Tanya

      •  Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

      Kata
      Ayat tanya
      Tanpa partikel "kah"
      Dengan partikel "kah"
      Ada
      Tiada
      Adakah cara saya ini betul?
      Apa
      Apa yang kamu beli tadi?
      Apakah yang kamu beli tadi?
      Bagaimana
      Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
      Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
      Bila
      Bila ayah kamu pulang?
      Bilakah ayah kamu pulang?
      Mengapa
      Mengapa kamu datang lambat hari ini?.
      Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
      Mana
      Mana ibu?
      Manakah ibu?
      Siapa
      Siapa nama jiran baru kamu?
      Siapakah nama jiran baru kamu?


      Kata Perintah
      • Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. 
      Contoh kata: jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong
      Contoh ayat:
      1.   Jangan ambil buku daripada almari itu.
      2.   Sila masuk ke dewan sekarang juga.
                  3.  Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan




      Kata Pembenar  
      • Kata pembenar ialah mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.


      Contoh kata: ya,betul,benar, dan sungguh





      Kata Pangkal Ayat

      • Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama 
               
      Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta 


      Contoh ayat:
      Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala,ada seekor arnab ingin menunjukkan akan kehebatannya kepada seluruh haiwan rimba dengan mengajak seekor kura-kura untuk berlumba dengannya.