Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu.
Kata ini tidak berfungsi sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat dibahagikannya kepada empat, iaitu:
1. Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata hubung)
2. Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)
3. Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)
4. Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan tertentu (kata pascakata)
No comments:
Post a Comment