Kata Prafrasa terdiri daripada kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan.
Kata Bantu
Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu.Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
- Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah, dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa hadapan (akan dan belum).
- Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:
1. Mereka sedang menjalani latihan di pusat sukan.
2. Pisang itu masih muda lagi.
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif.
Contoh kata : paling, agak, terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:
Contoh kata : paling, agak, terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:
1. Pelajar itu sungguh rajin.
2. Karangan Anita agak baik.
3. Rahmat sangat marah pada rakannya.
Kata Penegas
Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
- Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
Contoh kata penegas jenis ini ialah –kah, -tah, dan –lah.
- Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
1. Itulah ibu pejabat persatuan kami.
2. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.
Kata Nafi
Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya.
- Terdapat kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:
1) 1) Encik Ahmad bukan guru sukan kami.
Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat yang berikut:
1. Tetamu dia tidak datang.
2. Pelajar itu tidak cergas sangat.
Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu:
1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya.
Contohnya:
- Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi membasmi kemiskinan.
2. Adalah, yang hadir di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:
a) Dengan predikat frasa sendi nama
- Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk - penduduk kampung tersebut.
b) Dengan predikat frasa adjektif
- Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.
Pandai besi mengolah dan merobah
Jadilah paras mu comel lagi indah
Kacip kata ku
Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-masing dengan cara penggunaan tersendiri. Berikut disenaraikan kata sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.
2) ke 7) demi 12) sejak 17) untuk
4) daripada 9) tentang 14) akan 19) dengan
Kata Bilangan
Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
Contohnya kata: dua, lima belas, segala, semua, ketiga-tiga, masing-masing, dan separuh.
Contoh Ayat:
Contoh Ayat:
Ibu membekalkan adik sebahagian kek batik untuk di bawa ke sekolah.
Kata Arah
Kata arah ialah menunjukkan arah tempat.
Contoh kata : bawah, tepi, tengah, sisi
Contoh ayat:
- Pasangan kekasih itu ditangkap berkhalwat kerana berpegangan tangan di bawah pohon rambutan itu.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang memberi penegasan terhadap sesuatu dan melembutkan perintah.
Contoh kata: kah, lah, tah, juga dan pun
Contoh ayat:
- Kamu pun perlu ke sana juga.
No comments:
Post a Comment