Friday, February 25, 2011

1) KATA PENYAMBUNG AYAT


Kata hubung terdiri daripada dua subjenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan pula terdiri kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancangan relatif, dan kata hubung pancangan komplemen.

1.1) Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
Contoh kata:  dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
·Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
·Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
·Dia mengelak, lantas menikam.



1.2) Kata hubung pancangan

a) Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. 
Contoh kata: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala dan walaupun.
Contoh ayat:
· Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
· Saya berkawan dengannya semenjak kecil

b) Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
· Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
· Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
.

c) Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
· Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
· Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
· Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

No comments:

Post a Comment